Sunday 16 October 2011

Debat dalam kelas..Relevankah Nuklear Di Malaysia!!(3/10/2011)-refleksi

Assalamualaikum..

Pada kelas minggu ini telah diadakan perdebatan secara tertutup mengenai 'Relevankah Nuklear Di Malaysia'..Tajuk yang sangat menarik kan.Isu yang hangat diperkatakan semenjak 1-2 tahun ini..Masing-masing mempunyai pendapat masing-masing mengenai isu ini.Tidak terkecuali rakan-rakan sekelasku yang memang bersemangat membicara dan mengutarakan pendapat masing-masing mengenai maslah ini. Ternyata majoriti rakan-rakan kelasku menyokong tenaga nuklear dijadikan alternatif untuk menggantikan arang batu dan gas asli untuk menjana tenaga elektrik di Malaysia.
Debat mengenai permasalahan ini berlangsung dengan rancaknya. Pendebat pihak kerajaan Tarmimi memulakan dengan hujah-hujah menyokong usaha-usaha kerajaan untuk menjadikan nuklear sebagai sumber tenaga utama Malaysia. Hujah-hujah yang dikemukakan Tarmimi amat bernas disertakan dengan perbandingan-perbandingan yang mengukuhkan lagi hujah-hujahnya.Antara yang paling menarik perhatian saya ialah  mengenai kemampuan nuklear menjana tenaga elektrik dalam kadar yang tinggi walaupun hanya menggunakan kadar uranium yang sedikit Selain tu hujah lain seperti krisis yang melibatkan kekurangan sumber gas asli dan arang batu mengukuhkan lagi hujah tentang kerelevanan nuklear di Malaysia.
Kemudian giliran pihak pembangkang mengemukakan hujah-hujah mereka,Hanafi selaku pendebat pertama pihak pembangkang mengemukakan hujah-hujahnya. Antaranya kesan-kesan buruk nuklear seperti radiasinya menyebabkan pelbagai penyakit-penyakit berbahaya seperti mutasi genetik,pelbagai jenis kanser dan leukimia. Selain itu ketiadaan tempat yang sesuai untuk mebina loji turut dipersoalkan pihak pembangkang yang tegas dan bersemangat mempertahankan pendapat mereka. Pihak pembangkang mendapat sorakan daripada rakan-rakan lain yang sependapat dengan mereka.
Seterusnya perdebatan bertambah panas dengan masing-masing terus berhujah mengemukakan hasil kajian mereka yang dijalankan secara berkumpulan.
Secara peribadi,saya berpendapat tenaga nuklear sememangnya tidak relevan untuk dibangunkan di Malaysia. Dari segi konteks negara Malaysia,banyak perkara yang menghalang tenaga nuklear untuk dibangunkan di Malaysia. Antaranya ialah Malaysia tidak mempunyai kepakaran secara praktikal, untuk mengurus stesyen janakuasa nuklear yang menjana tenaga elektrik dalam skala yang besar. Keupayaan kita seharusnya boleh dipertikaikan, Malaysia tidak termasuk dalam kalangan 50 buah negara yang mempunyai kepakaran dalam tenaga nuklear. Statement tersebut seharusnya dijadikan tanda aras tentang di manakah kedudukan kita secara realitinya dan kita seharusnya mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku di Chernobyl dan Fukushima. Soviet Union dan Jepun merupakan kuasa besar nuklear yang keamanan dan kestabilan negaranya hampir lumpuh dek kerana sedikit kecuaian dan juga bencana alam yang menyebabkan kerosakan dan kebocoran loji nuklear. Sebagai negara yang baru berjinak dalam bidang ini mustahil kita tidak melakukan sebarang kesilapan dan kecuaian dalam mengurus dan menyelenggara stesyen jana nuklear yang sensitif ini. Risiko yang terpaksa ditanggung akibat kebocoran radiasi sememangnya amat memeritkan dan akibatnya seperti sumpahan tuhan yang tiada jalan penyelesaiannya. Sebagaimana apa yang kita boleh lihat di Chernobyl,sememangnya kesannya tidak menunjukkan tanda penamatnya satu persatu bayi yang mengalami kegagalan mutasi genetik dilahirkan, penduduk di kawasan tersebut mengalami pelbagai penyakit seperti leukimia dan kanser. Dari segi perbelanjaan pula,sememangnya kos pembinaannya adalah lebih kurang sama dengan kos pembinaan sebuah loji kuasa hidro,akan tetapi jika kita fikirkan kembali risikonya,ternyata risiko akibat nuklear adalah kurang berbaloi jika kita bandingkan dengan tenaga hidro. Kita seharusnya manfaatkan dan improvised sumber tenaga hidro yang sedia ada untuk menjana tenaga ke seluruh negara kita. Secara tidak langsung ini menjimatkan lagi kos perbelanjaan.

No comments:

Post a Comment