Tuesday 22 November 2011

miskonsepsi dalam fizik..

Miskonsepsi dalam fizik:
-salah faham tentang sesuatu konsep dan teori dalam fizik,dapat dikesan oleh guru dalam proses awal mengcungkil idea pelajar
-Berpunca daripada pengalaman pelajar dan salah pemahaman seseorang tentang sesuatu konsep dan teori dalam fizik.
-agak susah untuk guru untuk mengubah miskonsepsi seseorang pelajar kerana pelajar telah terbiasa,faham dengan segala miskonsepsi yang tersemat di dalam minda mereka,melainkan guru dapat memberikan sesuatu alasan yang kukuh dan bukti yang cukup jelas untuk memperbetulkan miskonsepsi tersebut.
-contoh miskonsepsi yang kebiasaannya dihadapi oleh seseorang pelajar:

"seseorang pelajar menganggap bola tenis dan bola sepak dengan saiz yang
berbeza akan jika dilepaskan pada ketinggian yang sama akan mencecah tanah
pada waktu yang tidak serentak"

-Perkara yang disebutkan tersebut adalah tidak betul kerana dalam fizik, semua objek tidak kira ringan atau berat,besar atau kecil,tetapi jika dilepaskan secara serentak dari ketinggian yang sama akan mencecah tanah pada waktu yang serentak(rintangan udara diabaikan).

Untuk mengatasi masalah miskonsepsi ini guru seharusnya mempunyai pemahaman yang tinggi tentang sesuatu konsep dan teori dalam fizik,selain itu guru seharusnya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menerangkan sesuatu konsep dan teori bagi memudahkan pelajar memahami setiap teori dan konsep fizik yang diajar dalam kelas.

Friday 18 November 2011

Thursday 17 November 2011

saya,media dan teknologi..

Salam semua..

tugasan minggu ini:sediakan slide presentation mengenai Saya,Media dan teknologi.
Idea:Sediakan slide presentation tersebut dengan menggunakan prezi.

Berikut ialah yang link untuk melihat slide "Saya,Media&Teknologi" yang telah saya sediakan.


Alhamdulillah!!siap..hehehhe

Wednesday 16 November 2011

test mid term KPD3016..

Salam semua..

Pada kelas yang diadakan pada hari selasa yang lepas, Dr Nurulhuda Abdul Rahman telah mengadakan satu ujian pertengahan semester. Ujian ini merangkumi 10% daripada  markah keseluruhan subjek KPD3016 semester ini. Ujian ini mengandungi 6 soalan bertulis yang merangkumi topik-topik yang dipelajari sebelum cuti pertengahan semester yang lepas. Antara topik-topik yang telah dipelajari ialah topik mengenai:

(1)model instruksi/pengajaran.
(2)matlamat dan objektif pengajaran.
(3)kurikulum.
(4)tabii dan struktur pengetahuan.
(5)fakta,hukum,teori dalam sains.
(6)teras pengetahuan guru.
(7)unit pengajaran dan rancangan pengajaran.
(8)kemahiran mikropengajaran.

Apa yang lebih menarik mengenai test ini ialah,test ini dijalankan secara berpasangan..
hehehe..

Sunday 30 October 2011

Assignment baru-Teaching unit!!

Teaching unit ialah tugasan baru yang telah diberikan oleh Dr NurulHuda Abdul Rahman. Tugasan ini merangkumi 50% markah untuk subjek KPD ini. Teaching unit bertujuan sebagai rujukan guru atau perancangan awal yang merupakan sinopsis yang ingin dicapai oleh guru dalam pengajaran.

Terdapat 7 komponen dalam teaching unit:

Komponen 1:Tajuk dan tujuan unit.
Komponen 2: Pengetahuan sedia ada pelajar.
Komponen 3:Analisis isi kandungan pelajar.
Komponen 4:Bahan bantu mengajar dan pelajar.
Komponen 5:Kaedah dan aktiviti P&P.
Komponen 6: Pelan penaksiran.
Komponen 7: Rancangan pengajaran harian.

Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dalam melaksanakan tugasan teaching unit ini.
Group saya mendapat tajuk lens.


Monday 24 October 2011

Kemahiran Mikropengajaran..25/10

Kemahiran Menerang..

(1)Bertujuan untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan, membina dan meningkatkan lagi kefahaman pelajar mengenai pelajaran yang diajar dan memastikan pelajar mengikuti setiap apa yang guru ajari dan arahkan dalam kelas.


Terdapat 3 jenis perkara yang diterapkan dalam kemahiran menerang:

(1)Penaakulan..(kenapakah)
~Menggunakan proses logik  untuk guru menjawab soalan atau mensttruktur semula ayat dan idea.

(2)Interpretatif..(what is that??)
~Menghuraikan maksud sesuatu sama ada istilah, pernyataan,idea, konsep, prinsip dan teori.

(3)Deskriptif..
~Menghuraikan proses ,struktur , prosedur dan arahan yang jelas dalam menjalankan sesuatu perkara.

Komponen-komponen Kemahiran Menerang..
-ayat pembukaan
-isi kandungan
-penghubung
-ayat penutup
-soalan bagi menaksir kefahaman


4 konsep kemahiran menerang..

(1)Gunakan kejelasan-penumpuan pada aspek yang lebih spesifik, gunakan contoh/ilustrasi dan media yang relevan dan menarik perhatian pelajar untuk mendengar penjelasan guru, elakkan kekaburan ketika melakukan proses penerangan dan gunakan bahasa yang mudah untuk difahami pelajar.
(2)Gunakan penegasan-gunakan intonasi yang berbeza dan gunkan gerak isyarat badan agar pelajar tidak bosan bila gurunya sedang mengajar.
(3)Ada urutan dan kesinambungan-sentiasa memastikan pelajaran yang diajar pada hari itu berturutan dan bersinambungan bagi memastikan tumpuan pelajar pada pelajaran tidak terjejas.
(4)Dapatkan maklumbalas pelajar-dpatkan maklumbalas pelajar bagi memastikan pelajar faham dengan apa yang dipelajari mereka ketika itu dan bagi megenalpasti tahap kefahaman pelajar ketika pelajaran diajarkan.

Tuesday 18 October 2011

Kemahiran Mikropengajaran..

(1)Kemahiran Mencungkil Idea..
-Kemahiran yang digunapakai oleh guru untuk menimbulkan rangsangan dan menarik minta pelajar terhadap pelajaran yang diajar pada waktu tersebut. Apabila pelajar berminat dengan lesson yang diajar dalam kelas,maka secara automatiknya akan tercetus permulaan idea di kalangan pelajar. Secara tidak langsung dapat mengenalpasti student prior knowledge melalui soalan atau gambar yang membolehkan pelajar untuk memberi
respon terhadap pembelajaran yang dilakukan.

(2)Kemahiran Menyoal
-Salah satu kayu ukur untuk mengenalpasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan guru di dalam kelas ketika itu. Ajukanlah soalan yang bersifat umum dan berikan masa untuk pelajar berfikir supaya mereka dapat memberi jawapan yang terbaik dan bernas. Sebagai guru kita seharusnya memberikan respon yang baik di atas setiap jawapan yang diberikan pelajar bagi menyuburkan peneguhan positif dalam diri pelajar. Ini bertujuan untuk menyebabkan pelajar berasa lebih dihargai dan berminat untuk mengulangkaji apa yang mereka pelajari di dalam kelas. Akhir sekali,membuat satu rumusan dan kesmpulan tentang apa yang dipelajari ketika itu.

Sunday 16 October 2011

Debat dalam kelas..Relevankah Nuklear Di Malaysia!!(3/10/2011)-refleksi

Assalamualaikum..

Pada kelas minggu ini telah diadakan perdebatan secara tertutup mengenai 'Relevankah Nuklear Di Malaysia'..Tajuk yang sangat menarik kan.Isu yang hangat diperkatakan semenjak 1-2 tahun ini..Masing-masing mempunyai pendapat masing-masing mengenai isu ini.Tidak terkecuali rakan-rakan sekelasku yang memang bersemangat membicara dan mengutarakan pendapat masing-masing mengenai maslah ini. Ternyata majoriti rakan-rakan kelasku menyokong tenaga nuklear dijadikan alternatif untuk menggantikan arang batu dan gas asli untuk menjana tenaga elektrik di Malaysia.
Debat mengenai permasalahan ini berlangsung dengan rancaknya. Pendebat pihak kerajaan Tarmimi memulakan dengan hujah-hujah menyokong usaha-usaha kerajaan untuk menjadikan nuklear sebagai sumber tenaga utama Malaysia. Hujah-hujah yang dikemukakan Tarmimi amat bernas disertakan dengan perbandingan-perbandingan yang mengukuhkan lagi hujah-hujahnya.Antara yang paling menarik perhatian saya ialah  mengenai kemampuan nuklear menjana tenaga elektrik dalam kadar yang tinggi walaupun hanya menggunakan kadar uranium yang sedikit Selain tu hujah lain seperti krisis yang melibatkan kekurangan sumber gas asli dan arang batu mengukuhkan lagi hujah tentang kerelevanan nuklear di Malaysia.
Kemudian giliran pihak pembangkang mengemukakan hujah-hujah mereka,Hanafi selaku pendebat pertama pihak pembangkang mengemukakan hujah-hujahnya. Antaranya kesan-kesan buruk nuklear seperti radiasinya menyebabkan pelbagai penyakit-penyakit berbahaya seperti mutasi genetik,pelbagai jenis kanser dan leukimia. Selain itu ketiadaan tempat yang sesuai untuk mebina loji turut dipersoalkan pihak pembangkang yang tegas dan bersemangat mempertahankan pendapat mereka. Pihak pembangkang mendapat sorakan daripada rakan-rakan lain yang sependapat dengan mereka.
Seterusnya perdebatan bertambah panas dengan masing-masing terus berhujah mengemukakan hasil kajian mereka yang dijalankan secara berkumpulan.
Secara peribadi,saya berpendapat tenaga nuklear sememangnya tidak relevan untuk dibangunkan di Malaysia. Dari segi konteks negara Malaysia,banyak perkara yang menghalang tenaga nuklear untuk dibangunkan di Malaysia. Antaranya ialah Malaysia tidak mempunyai kepakaran secara praktikal, untuk mengurus stesyen janakuasa nuklear yang menjana tenaga elektrik dalam skala yang besar. Keupayaan kita seharusnya boleh dipertikaikan, Malaysia tidak termasuk dalam kalangan 50 buah negara yang mempunyai kepakaran dalam tenaga nuklear. Statement tersebut seharusnya dijadikan tanda aras tentang di manakah kedudukan kita secara realitinya dan kita seharusnya mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku di Chernobyl dan Fukushima. Soviet Union dan Jepun merupakan kuasa besar nuklear yang keamanan dan kestabilan negaranya hampir lumpuh dek kerana sedikit kecuaian dan juga bencana alam yang menyebabkan kerosakan dan kebocoran loji nuklear. Sebagai negara yang baru berjinak dalam bidang ini mustahil kita tidak melakukan sebarang kesilapan dan kecuaian dalam mengurus dan menyelenggara stesyen jana nuklear yang sensitif ini. Risiko yang terpaksa ditanggung akibat kebocoran radiasi sememangnya amat memeritkan dan akibatnya seperti sumpahan tuhan yang tiada jalan penyelesaiannya. Sebagaimana apa yang kita boleh lihat di Chernobyl,sememangnya kesannya tidak menunjukkan tanda penamatnya satu persatu bayi yang mengalami kegagalan mutasi genetik dilahirkan, penduduk di kawasan tersebut mengalami pelbagai penyakit seperti leukimia dan kanser. Dari segi perbelanjaan pula,sememangnya kos pembinaannya adalah lebih kurang sama dengan kos pembinaan sebuah loji kuasa hidro,akan tetapi jika kita fikirkan kembali risikonya,ternyata risiko akibat nuklear adalah kurang berbaloi jika kita bandingkan dengan tenaga hidro. Kita seharusnya manfaatkan dan improvised sumber tenaga hidro yang sedia ada untuk menjana tenaga ke seluruh negara kita. Secara tidak langsung ini menjimatkan lagi kos perbelanjaan.

Wednesday 12 October 2011

inkuiri lab..

Pada kelas minggu ini kami telah belajar mengenai pembelajaran inkuiri dengan menggunakan kaedah inkuiri lab. Kami mengaplikasikan pembelajaran ini dalam menjalankan experiment fizik dalam silibus tingkatan 4 iaitu mengenai prinsip archimedes. Dengan mengaplikasikan kaedah inkuiri lab yang betul,kami dapat mengenalpasti hubungan antara bouyant force dan water displaced. Seperti biasa kita wajib mengenalpasti 3 pemboleh ubah utama dalam sesuatu eksperimen. 3 pemboleh ubah dalam eksperimen ini ialah...

Manipulated variable:weight of the object.
Responding variable:bouyant force.
Fixed variable:density of liquid.

Archimedes Principle Experiment Illustration.



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Thursday 6 October 2011

Keburukan Sumber Tenaga nuklear(seminar nuklear 4/11/2011)


Disadvantages

1-kos pembinaan loji nuklear loji nuklear sangat tinggi. Kos pembinaan 2 buah loji nuklear kira-kira RM21.3 Billion(tidak termasuk kos pengurusan,penyelenggaraan).Sebuah loji nuklear menjana 1000megawatt elektrik  memerlukan 30 tan uranium.Manakala dia UK,kos pengurusan loji nuklear dianggarkan mencecah 100 billion pounds sterling.


2-Malaysia ialah sebuah negara yang  tak ada kepakaran dan pengalaman dalam pengurusan sumber tenaga nuklear.( Malaysia menduduki tempat ketiga pengeluar sel suria dunia. Kita bukan antara 50 negara paling pakar dari segi tenaga nuklear. Malaysia dikurniakan dengan sumber alam lain yang boleh diperbaharui seperti mikro-hydro dan biojisim).(LETUPAN loji tenaga nuklear di Marcoule,Selatan Perancis,letupan dan kebocoran loji nuklear di Fukushima

3-Pelbagai sekatan dan tekanan daripada masyarakat antarabangsa akan dikenakan ke atas Malaysia hal ini kerana Malaysia tidak tergolong dalam kalangan negara-negara yang berpengaruh di dunia.Hal ini dihadapi oleh negara-negara seperti Iran,Iraq,India dan Korea Utara. 

4-Risiko kemalangan di kawasan loji yang menyebabkan kebocoran yang mendedahkan radiasi yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang serius dan berpanjangan seperti penyakit yang berkaitan genetik dan kanser. http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=2098&cmd=resetall

5-Kesukaran untuk mengurus dan melupuskan sisa loji nuklear  yang mempunyai radiasi yang tinggi,dan penyebaran radiasi tersebut juga sukar dikesan. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jepuntemuiberasdicemariradioaktif/Article,

6-Kuasa besar dunia seperti German menghenti operasi 7 buah loji utama nuklear ekoran peristiwa kebocoran loji nuklear di Fukushima,Jepun.

Sememangnya,penggunaan tenaga nuklear tidak relevan di Malaysia. Sumber tenaga nuklear membawa kesan jangka panjang yang sangat buruk. Hal ini boleh kita lihat terjadi di Chernobyl yang masih lagi dibelenggu masalah kerana kebocoran loji nuklear yang berlaku kira-kira 25 tahun yang lalu.




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Tuesday 27 September 2011

pembelajaranku hari ini..(27/9/2011)

27/9/2011(8.15pagi)...lesson:Science process skill!!
            
1-Pemerhatian(observing)

  • Kemahiran menggunakan 5 deria iaitu pendengaran, penglihatan, bau, rasa dan sentuhan untuk mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena.
2-Mengklasifikasi(classifying)
  • menggunakan pemerhatian untuk membezakan objek atau situasi berdasarkan persamaandan perbezaan.
3-Mengukur dan menggunakan nombor(measuring and using numbers)
  • Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai.
4-Membuat inferens(inferring)
  • menggunakan data yang lepas untuk membuat kesimpulan awal dan menerangkan keadaan.
  • kena ada kerana dalam sesuatu inferens yang mengukuhkan lagi sesuatu pemerhatian.
5-Meramal(predicting)
  • menyatakan keputusan yang akan dicapai berdasarkan pengetahuan yang diperolehi dari pungutan yang lepas.
6-Berkomunikasi(communicating)
  • menggunakan perkataan,simbol grafik(graf dan simbol), dan model bagi menerangkan keadaan objek dan situasi.
  • Kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima,memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk.
7-Menggunakan perhubungan ruang dan masa(using space time-relationship)
  • Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi,arah,bentuk, dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.
8-Mentafsir data(interpreting data)
  • Kebolehan memberi penerangan tentang situasi sesuatu objek berdasarkan pungutan data dari sesuatu ekperimen.
9-Mendefinisi secara operasi(defining operatinally)
  • Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.
  • Menggunakan cara yang boleh memberikan satu nilai bernombor untuk tentukan sesuatu konsep.
10-Mengawal pembolehubah(controlling variable)
  • mengenalpasti pemboleh ubah malar(constant),manipulatif dan bergerak balas,menghubungkait hubungan antara kesemua pemboleh ubah tersebut.
11-Membuat hipotesis
  • Proses menyatakan satu kenyatan umum yang difikirkan benar berdasarkan inferens untuk menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.

Monday 26 September 2011

pembelajaranku hari ini..(26/9/2011)

Pada hari ini kelas KPD 3016 bermula seperti biasa pada pukul 8.15 pagi..Antara perkara yang aku pelajari dan diperjelaskan oleh Dr NurulHuda ialah mengenai perbezaan di antara matlamat dan objektif pengajaran. Salah seorang classmate ku memberi pendapat bahawa matlamat dan objektif sememangnya adalah dua perkara yang berbeza dan baginya matlamat adalah sesuatu perkara yang cuba kita usahakan dan capai dalam suatu jangka masa yang panjang. Manakala objektif pula ialah suatu perkara yang boleh dicapai dalam suatu tempoh jangka masa yang pendek contohnya pemahaman pelajar-pelajar tentang  pelajaran yang diajar oleh guru dalam kelas selepas waktu belajar. Pada pendapat aku pula,objektif adalah teras kepada matlamat,untuk mencapai sesuatu matlamat adalah wajib bagi seseorang itu melunaskan dahulu apa yang objektif mahukan.Perkara seterusnya yang aku pelajari hari ini ialah hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran ialah satu pernyataan yang menetapkan pengetahuan(kognitif),kemahiran(psikomotor) dan sikap serta nilai(afektif).  Perlaksanaan ketiga-tiga domain tersebut melengkapi antara antara satu sama lain untuk membentuk sebuah hasil pembelajaran yang sukses dan efektif. Berikut ialah komponen-komponen hasil pembelajaran:

  • Frasa yang merujuk kepada kumpulan sasaran
  • Kata kerja aktif
  • Objektif bagi kata kerja
  • Konteks/keadaan
  • Standard/kriteria
Sesuatu hasil pembelajaran itu sekurang-kurangnya haruslah mempunyai 3 dari 5 kemponen yang telah disebutkan di atas. Contoh hasil pembelajaran yang mempunyai komponen-komponen yang disebutkan di atas:
"Di akhir kelas ini,pelajar boleh membezakan dan memahami ketiga-tiga hukum Newton dengan terperinci"

Selain tu,pada hari ini juga kami telah belajar mengenai  beberapa kemahiran saintifik yang sering diaplikasikan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kemahiran saintifik boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif..


Sunday 25 September 2011

how nuclear power plant work..

Video yang memaparkan secara visual bagaimana Stesyen Janakuasa Nuklear menjana tenaga.
Marilah kita sama-sama saksikan..


Saturday 24 September 2011

stesyen janakuasa nuklear di malaysia??realiti atau fantasi...


adakah akan wujudnya stesyen janakuasa nuklear di negara kita suatu hari nanti??
apakah pro&kontra kewujudan sistem tenaga ini di negara ini??
bersama-samalah kita kupas permasalahan ini..

      DARI MANAKAH DATANGNYA SUMBER TENAGA NUKLEAR INI..

Tenaga nuklear ialah satu bentuk tenaga yang terkandung dalam teras nukleus sesuatu atom. Atom ialah zarah-zarah kecil yang membentuk setiap jirim di alam ini. Tenaga nuklear boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik tetapi untuk itu tenaga di dalam teras nukleus sesuatu atom perlu dibebaskan terlebih dahulu. Terdapat dua cara untuk membebaskan tenaga daripada teras nukleus iaitu pembelahan dan percantuman nukleus. Tenaga ini menyumbang sebanyak 11% daripada keperluan tenaga dunia.

ADAKAH WAJAR TENAGA INI DIJADIKAN SUMBER TENAGA ALTERNATIF DI NEGARA INI ???

Secara rasionalnya menjadi kewajipan kepada kita setiap penduduk di negara ini memikirkan apakah alternatif terbaik bagi menggantikan sumber tenaga petroleum kini merupakan sumber tenaga utama di negara ini. Dikatakan dalam masa 30-40 tahuh yang akan datang, hampir keseluruhan telaga minyak di seluruh dunia akan kehabisan isinya dan hal ini secara tidak langsung dikatakan bakal memberi impak yang besar terhadap negara kita. Antara sumber tenaga yang dikatakan sebagai alternatif terbaik untuk overcome permasalahan ini ialah tenaga nuklear.

Pada hemat saya terdapat kelebihan dan keburukannya penggunaan tenaga ini sebagai sumber tenaga baru di negara ini. Antara kelebihan pemilihan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif yang baru di negara ini ialah:
  1. Tenaga nuklear mampu menjana tenaga elektrik dalam kuantiti yang banyak dan mampu membekalkan tenaga dalam suatu jangka masa yang lebih panjang jika kita bandingkan penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti arang dan petroleum.
  2. Tenaga nuklear lebih mesra alam. Hal ini kerana penggunaan tenaga nuklear mengurangkan pencemaran gas karbon dioksida yang dilepaskan semasa proses pembakaran arang batu dan proses penyulingan petroleum. Secara tidak langsung mengurangkan masalah pencemaran udara.

Selain itu,penggunaan tenaga nuklear turut memberikan impak yang negatif kepada negara ini antaranya ialah:
  1. Kesan radiasi daripada tenaga nuklear memberikan kesan yang tidak baik dan berpanjangan kepada kesihatan manusia. Kesan radiasi yang dipancarkan nuklear mampu melumpuhkan sel-sel dalam tubuh badan manusia. Secara tidak langsung menyebabkan kelahiran bayi cacat dan menyebabkan pelbagai jenis kanser. 
  2. Untuk mewujudkan sebuah stesyen janakuasa tenaga menelan kos yang sangat tinggi. Kos pengurusannya juga agak tinggi. Sebagai sebuah negara yang baru berjinak-jinak dalam kepakaran kita menguruskan stesyen ini juga agak meragukan.
  3. Risiko kemalangan di stesyen janakuasa nuklear yang memberikan masalah yang besar dan mengambil jangka masa yang panjang,contohnya seperti peristiwa kebococoran stesyen tenaga nuklear di Fukushima,Jepun yang melumpuhkan negara Jepun. Selain kesan radiasi dari kebocoran tersebut turut menjejaskan negara-negara sekitarnya.
KESIMPULANNYA...

Kerajaan perlu mengkaji langkah penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di negara ini dengan sewajarnya bagi memastikan kesan buruk daripada penggunaan tenaga ini dapat dihindarkan..

Friday 23 September 2011

teknik KWHL..lesson minggu ke2

    assalamualaikumm..

Pada minggu ke-2 kuliah bagi kelas KPD 3016,saya telah belajar tentang pembelajaran inkuiri yang dimulakan dengan Dr Nurulhuda,menanyakan kelas mengenai 5 perkara pendidikan, pembelajaran, pengajaran ,instruksi, teknologi, dan penaksiran. untuk menguji pegetahuan kami mengenai perkara-perkara yang dintanyakannya, beberapa pelajar diminta memberi pendapat mengenai pemahaman masing-masing mengenai perkara-perkara yang diajukan di atas.


Kemudian dr nurulhuda turut memperkenalkan satu teknik yang agak asing dan tidak pernah kami kenali iaitu teknik KWHL. teknik ini digunakan sebagai advance organizer untuk membantu pelajar menghubungkan maklumat yang ingin dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada supaya proses P&P di dalalam kelas menjadi lebih menarik...hehe     
    

     
     

      

Tuesday 13 September 2011

again

Pada hari ini,saya telah diberi penerangan oleh dr nurul tentang assessment... apa itu assessment?? assessment dalam bahasa malaysia yer adalah penaksiran..  Penaksiran bermaksud proses mengumpul data tentang apa yang mereka tahu dan apa yang mereka boleh lakukan.. dalam pengajaran guru harus pelbagaikan keadah pengajaran.. terdapat 2 kategori menaksiran iaitu assessment for learning dan assessment of learning.. and questioning the parts of assessment..

Bukan itu sahaja,kami juga telah diarahkan membuat akaun wikispaces untuk membincangkan persoalan yang berkaitan dengan projek based learning.. dan ini merupakan perkara baru yang saya pelajari.. knowledge is important in our life... hehe

see again!!

Monday 12 September 2011

first class

salam sejahtera semua... 
blog ini dibuat untuk subjek KPD3016... pada kelas pertama,saya telah diberi pendedahan tentang projek based learning yang juga merupakan salah satu tugasan kami dalam subjek ini.. kami juga telah diterangkan tentang perkara yang perlu dilakukan dalam projek based learning iaitu membincangkan tentang tenaga nuklear...

the first questions in our class...

- how is life without energy?
- how does energy shortage affect our life?
-what do you know about nuclear energy? can it be the dominant energy source in Malaysia? justify the answer

mari kita sama-sama memikirkan persoalan diatas=))