Saturday 24 September 2011

stesyen janakuasa nuklear di malaysia??realiti atau fantasi...


adakah akan wujudnya stesyen janakuasa nuklear di negara kita suatu hari nanti??
apakah pro&kontra kewujudan sistem tenaga ini di negara ini??
bersama-samalah kita kupas permasalahan ini..

      DARI MANAKAH DATANGNYA SUMBER TENAGA NUKLEAR INI..

Tenaga nuklear ialah satu bentuk tenaga yang terkandung dalam teras nukleus sesuatu atom. Atom ialah zarah-zarah kecil yang membentuk setiap jirim di alam ini. Tenaga nuklear boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik tetapi untuk itu tenaga di dalam teras nukleus sesuatu atom perlu dibebaskan terlebih dahulu. Terdapat dua cara untuk membebaskan tenaga daripada teras nukleus iaitu pembelahan dan percantuman nukleus. Tenaga ini menyumbang sebanyak 11% daripada keperluan tenaga dunia.

ADAKAH WAJAR TENAGA INI DIJADIKAN SUMBER TENAGA ALTERNATIF DI NEGARA INI ???

Secara rasionalnya menjadi kewajipan kepada kita setiap penduduk di negara ini memikirkan apakah alternatif terbaik bagi menggantikan sumber tenaga petroleum kini merupakan sumber tenaga utama di negara ini. Dikatakan dalam masa 30-40 tahuh yang akan datang, hampir keseluruhan telaga minyak di seluruh dunia akan kehabisan isinya dan hal ini secara tidak langsung dikatakan bakal memberi impak yang besar terhadap negara kita. Antara sumber tenaga yang dikatakan sebagai alternatif terbaik untuk overcome permasalahan ini ialah tenaga nuklear.

Pada hemat saya terdapat kelebihan dan keburukannya penggunaan tenaga ini sebagai sumber tenaga baru di negara ini. Antara kelebihan pemilihan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif yang baru di negara ini ialah:
  1. Tenaga nuklear mampu menjana tenaga elektrik dalam kuantiti yang banyak dan mampu membekalkan tenaga dalam suatu jangka masa yang lebih panjang jika kita bandingkan penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti arang dan petroleum.
  2. Tenaga nuklear lebih mesra alam. Hal ini kerana penggunaan tenaga nuklear mengurangkan pencemaran gas karbon dioksida yang dilepaskan semasa proses pembakaran arang batu dan proses penyulingan petroleum. Secara tidak langsung mengurangkan masalah pencemaran udara.

Selain itu,penggunaan tenaga nuklear turut memberikan impak yang negatif kepada negara ini antaranya ialah:
  1. Kesan radiasi daripada tenaga nuklear memberikan kesan yang tidak baik dan berpanjangan kepada kesihatan manusia. Kesan radiasi yang dipancarkan nuklear mampu melumpuhkan sel-sel dalam tubuh badan manusia. Secara tidak langsung menyebabkan kelahiran bayi cacat dan menyebabkan pelbagai jenis kanser. 
  2. Untuk mewujudkan sebuah stesyen janakuasa tenaga menelan kos yang sangat tinggi. Kos pengurusannya juga agak tinggi. Sebagai sebuah negara yang baru berjinak-jinak dalam kepakaran kita menguruskan stesyen ini juga agak meragukan.
  3. Risiko kemalangan di stesyen janakuasa nuklear yang memberikan masalah yang besar dan mengambil jangka masa yang panjang,contohnya seperti peristiwa kebococoran stesyen tenaga nuklear di Fukushima,Jepun yang melumpuhkan negara Jepun. Selain kesan radiasi dari kebocoran tersebut turut menjejaskan negara-negara sekitarnya.
KESIMPULANNYA...

Kerajaan perlu mengkaji langkah penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di negara ini dengan sewajarnya bagi memastikan kesan buruk daripada penggunaan tenaga ini dapat dihindarkan..

No comments:

Post a Comment