Monday 26 September 2011

pembelajaranku hari ini..(26/9/2011)

Pada hari ini kelas KPD 3016 bermula seperti biasa pada pukul 8.15 pagi..Antara perkara yang aku pelajari dan diperjelaskan oleh Dr NurulHuda ialah mengenai perbezaan di antara matlamat dan objektif pengajaran. Salah seorang classmate ku memberi pendapat bahawa matlamat dan objektif sememangnya adalah dua perkara yang berbeza dan baginya matlamat adalah sesuatu perkara yang cuba kita usahakan dan capai dalam suatu jangka masa yang panjang. Manakala objektif pula ialah suatu perkara yang boleh dicapai dalam suatu tempoh jangka masa yang pendek contohnya pemahaman pelajar-pelajar tentang  pelajaran yang diajar oleh guru dalam kelas selepas waktu belajar. Pada pendapat aku pula,objektif adalah teras kepada matlamat,untuk mencapai sesuatu matlamat adalah wajib bagi seseorang itu melunaskan dahulu apa yang objektif mahukan.Perkara seterusnya yang aku pelajari hari ini ialah hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran ialah satu pernyataan yang menetapkan pengetahuan(kognitif),kemahiran(psikomotor) dan sikap serta nilai(afektif).  Perlaksanaan ketiga-tiga domain tersebut melengkapi antara antara satu sama lain untuk membentuk sebuah hasil pembelajaran yang sukses dan efektif. Berikut ialah komponen-komponen hasil pembelajaran:

  • Frasa yang merujuk kepada kumpulan sasaran
  • Kata kerja aktif
  • Objektif bagi kata kerja
  • Konteks/keadaan
  • Standard/kriteria
Sesuatu hasil pembelajaran itu sekurang-kurangnya haruslah mempunyai 3 dari 5 kemponen yang telah disebutkan di atas. Contoh hasil pembelajaran yang mempunyai komponen-komponen yang disebutkan di atas:
"Di akhir kelas ini,pelajar boleh membezakan dan memahami ketiga-tiga hukum Newton dengan terperinci"

Selain tu,pada hari ini juga kami telah belajar mengenai  beberapa kemahiran saintifik yang sering diaplikasikan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kemahiran saintifik boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif..


No comments:

Post a Comment