Tuesday 27 September 2011

pembelajaranku hari ini..(27/9/2011)

27/9/2011(8.15pagi)...lesson:Science process skill!!
            
1-Pemerhatian(observing)

  • Kemahiran menggunakan 5 deria iaitu pendengaran, penglihatan, bau, rasa dan sentuhan untuk mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena.
2-Mengklasifikasi(classifying)
  • menggunakan pemerhatian untuk membezakan objek atau situasi berdasarkan persamaandan perbezaan.
3-Mengukur dan menggunakan nombor(measuring and using numbers)
  • Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai.
4-Membuat inferens(inferring)
  • menggunakan data yang lepas untuk membuat kesimpulan awal dan menerangkan keadaan.
  • kena ada kerana dalam sesuatu inferens yang mengukuhkan lagi sesuatu pemerhatian.
5-Meramal(predicting)
  • menyatakan keputusan yang akan dicapai berdasarkan pengetahuan yang diperolehi dari pungutan yang lepas.
6-Berkomunikasi(communicating)
  • menggunakan perkataan,simbol grafik(graf dan simbol), dan model bagi menerangkan keadaan objek dan situasi.
  • Kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima,memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk.
7-Menggunakan perhubungan ruang dan masa(using space time-relationship)
  • Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi,arah,bentuk, dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.
8-Mentafsir data(interpreting data)
  • Kebolehan memberi penerangan tentang situasi sesuatu objek berdasarkan pungutan data dari sesuatu ekperimen.
9-Mendefinisi secara operasi(defining operatinally)
  • Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.
  • Menggunakan cara yang boleh memberikan satu nilai bernombor untuk tentukan sesuatu konsep.
10-Mengawal pembolehubah(controlling variable)
  • mengenalpasti pemboleh ubah malar(constant),manipulatif dan bergerak balas,menghubungkait hubungan antara kesemua pemboleh ubah tersebut.
11-Membuat hipotesis
  • Proses menyatakan satu kenyatan umum yang difikirkan benar berdasarkan inferens untuk menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.

Monday 26 September 2011

pembelajaranku hari ini..(26/9/2011)

Pada hari ini kelas KPD 3016 bermula seperti biasa pada pukul 8.15 pagi..Antara perkara yang aku pelajari dan diperjelaskan oleh Dr NurulHuda ialah mengenai perbezaan di antara matlamat dan objektif pengajaran. Salah seorang classmate ku memberi pendapat bahawa matlamat dan objektif sememangnya adalah dua perkara yang berbeza dan baginya matlamat adalah sesuatu perkara yang cuba kita usahakan dan capai dalam suatu jangka masa yang panjang. Manakala objektif pula ialah suatu perkara yang boleh dicapai dalam suatu tempoh jangka masa yang pendek contohnya pemahaman pelajar-pelajar tentang  pelajaran yang diajar oleh guru dalam kelas selepas waktu belajar. Pada pendapat aku pula,objektif adalah teras kepada matlamat,untuk mencapai sesuatu matlamat adalah wajib bagi seseorang itu melunaskan dahulu apa yang objektif mahukan.Perkara seterusnya yang aku pelajari hari ini ialah hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran ialah satu pernyataan yang menetapkan pengetahuan(kognitif),kemahiran(psikomotor) dan sikap serta nilai(afektif).  Perlaksanaan ketiga-tiga domain tersebut melengkapi antara antara satu sama lain untuk membentuk sebuah hasil pembelajaran yang sukses dan efektif. Berikut ialah komponen-komponen hasil pembelajaran:

  • Frasa yang merujuk kepada kumpulan sasaran
  • Kata kerja aktif
  • Objektif bagi kata kerja
  • Konteks/keadaan
  • Standard/kriteria
Sesuatu hasil pembelajaran itu sekurang-kurangnya haruslah mempunyai 3 dari 5 kemponen yang telah disebutkan di atas. Contoh hasil pembelajaran yang mempunyai komponen-komponen yang disebutkan di atas:
"Di akhir kelas ini,pelajar boleh membezakan dan memahami ketiga-tiga hukum Newton dengan terperinci"

Selain tu,pada hari ini juga kami telah belajar mengenai  beberapa kemahiran saintifik yang sering diaplikasikan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kemahiran saintifik boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif..


Sunday 25 September 2011

how nuclear power plant work..

Video yang memaparkan secara visual bagaimana Stesyen Janakuasa Nuklear menjana tenaga.
Marilah kita sama-sama saksikan..


Saturday 24 September 2011

stesyen janakuasa nuklear di malaysia??realiti atau fantasi...


adakah akan wujudnya stesyen janakuasa nuklear di negara kita suatu hari nanti??
apakah pro&kontra kewujudan sistem tenaga ini di negara ini??
bersama-samalah kita kupas permasalahan ini..

      DARI MANAKAH DATANGNYA SUMBER TENAGA NUKLEAR INI..

Tenaga nuklear ialah satu bentuk tenaga yang terkandung dalam teras nukleus sesuatu atom. Atom ialah zarah-zarah kecil yang membentuk setiap jirim di alam ini. Tenaga nuklear boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik tetapi untuk itu tenaga di dalam teras nukleus sesuatu atom perlu dibebaskan terlebih dahulu. Terdapat dua cara untuk membebaskan tenaga daripada teras nukleus iaitu pembelahan dan percantuman nukleus. Tenaga ini menyumbang sebanyak 11% daripada keperluan tenaga dunia.

ADAKAH WAJAR TENAGA INI DIJADIKAN SUMBER TENAGA ALTERNATIF DI NEGARA INI ???

Secara rasionalnya menjadi kewajipan kepada kita setiap penduduk di negara ini memikirkan apakah alternatif terbaik bagi menggantikan sumber tenaga petroleum kini merupakan sumber tenaga utama di negara ini. Dikatakan dalam masa 30-40 tahuh yang akan datang, hampir keseluruhan telaga minyak di seluruh dunia akan kehabisan isinya dan hal ini secara tidak langsung dikatakan bakal memberi impak yang besar terhadap negara kita. Antara sumber tenaga yang dikatakan sebagai alternatif terbaik untuk overcome permasalahan ini ialah tenaga nuklear.

Pada hemat saya terdapat kelebihan dan keburukannya penggunaan tenaga ini sebagai sumber tenaga baru di negara ini. Antara kelebihan pemilihan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif yang baru di negara ini ialah:
  1. Tenaga nuklear mampu menjana tenaga elektrik dalam kuantiti yang banyak dan mampu membekalkan tenaga dalam suatu jangka masa yang lebih panjang jika kita bandingkan penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti arang dan petroleum.
  2. Tenaga nuklear lebih mesra alam. Hal ini kerana penggunaan tenaga nuklear mengurangkan pencemaran gas karbon dioksida yang dilepaskan semasa proses pembakaran arang batu dan proses penyulingan petroleum. Secara tidak langsung mengurangkan masalah pencemaran udara.

Selain itu,penggunaan tenaga nuklear turut memberikan impak yang negatif kepada negara ini antaranya ialah:
  1. Kesan radiasi daripada tenaga nuklear memberikan kesan yang tidak baik dan berpanjangan kepada kesihatan manusia. Kesan radiasi yang dipancarkan nuklear mampu melumpuhkan sel-sel dalam tubuh badan manusia. Secara tidak langsung menyebabkan kelahiran bayi cacat dan menyebabkan pelbagai jenis kanser. 
  2. Untuk mewujudkan sebuah stesyen janakuasa tenaga menelan kos yang sangat tinggi. Kos pengurusannya juga agak tinggi. Sebagai sebuah negara yang baru berjinak-jinak dalam kepakaran kita menguruskan stesyen ini juga agak meragukan.
  3. Risiko kemalangan di stesyen janakuasa nuklear yang memberikan masalah yang besar dan mengambil jangka masa yang panjang,contohnya seperti peristiwa kebococoran stesyen tenaga nuklear di Fukushima,Jepun yang melumpuhkan negara Jepun. Selain kesan radiasi dari kebocoran tersebut turut menjejaskan negara-negara sekitarnya.
KESIMPULANNYA...

Kerajaan perlu mengkaji langkah penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di negara ini dengan sewajarnya bagi memastikan kesan buruk daripada penggunaan tenaga ini dapat dihindarkan..

Friday 23 September 2011

teknik KWHL..lesson minggu ke2

    assalamualaikumm..

Pada minggu ke-2 kuliah bagi kelas KPD 3016,saya telah belajar tentang pembelajaran inkuiri yang dimulakan dengan Dr Nurulhuda,menanyakan kelas mengenai 5 perkara pendidikan, pembelajaran, pengajaran ,instruksi, teknologi, dan penaksiran. untuk menguji pegetahuan kami mengenai perkara-perkara yang dintanyakannya, beberapa pelajar diminta memberi pendapat mengenai pemahaman masing-masing mengenai perkara-perkara yang diajukan di atas.


Kemudian dr nurulhuda turut memperkenalkan satu teknik yang agak asing dan tidak pernah kami kenali iaitu teknik KWHL. teknik ini digunakan sebagai advance organizer untuk membantu pelajar menghubungkan maklumat yang ingin dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada supaya proses P&P di dalalam kelas menjadi lebih menarik...hehe     
    

     
     

      

Tuesday 13 September 2011

again

Pada hari ini,saya telah diberi penerangan oleh dr nurul tentang assessment... apa itu assessment?? assessment dalam bahasa malaysia yer adalah penaksiran..  Penaksiran bermaksud proses mengumpul data tentang apa yang mereka tahu dan apa yang mereka boleh lakukan.. dalam pengajaran guru harus pelbagaikan keadah pengajaran.. terdapat 2 kategori menaksiran iaitu assessment for learning dan assessment of learning.. and questioning the parts of assessment..

Bukan itu sahaja,kami juga telah diarahkan membuat akaun wikispaces untuk membincangkan persoalan yang berkaitan dengan projek based learning.. dan ini merupakan perkara baru yang saya pelajari.. knowledge is important in our life... hehe

see again!!

Monday 12 September 2011

first class

salam sejahtera semua... 
blog ini dibuat untuk subjek KPD3016... pada kelas pertama,saya telah diberi pendedahan tentang projek based learning yang juga merupakan salah satu tugasan kami dalam subjek ini.. kami juga telah diterangkan tentang perkara yang perlu dilakukan dalam projek based learning iaitu membincangkan tentang tenaga nuklear...

the first questions in our class...

- how is life without energy?
- how does energy shortage affect our life?
-what do you know about nuclear energy? can it be the dominant energy source in Malaysia? justify the answer

mari kita sama-sama memikirkan persoalan diatas=))